Search This Blog

Wednesday, December 9, 2009

"Mesti Korang Tak Tahu"??..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera bagi yg BELUM beragama ISLAM..
Asyik sembang kosong je boring la pulok ye tak..

So aku wujudkan topik "Mesti Korang Tak Tahu" nie just nk kongsi ape yg aku tahu & korang xtahu..klu dah tahu tu wat2 xtahu je la ye hehe..Topik nie aku akan sentiasa update dari mase ke semase..

k, aku mulakan dgn yg nie lu..


1.Khas untuk kaki2 perokok..tahu tak korg dalam sebatang rokok tu terdapat lebih dari 4000 bahan kimia. Sebahagian besar nyer boleh membahayakan kesihatan, antaranya :

  • ammonia (pencuci lantai)
  • aceton (penanggal cat)
  • toluidine (pelarut industri)
  • methanol (bahanapi roket)
  • naphthalene (ubat gegat)
  • DDT (ubat pembunuh serangga)
  • butane (minyak lighter)
  • hydrogen cyanide (gas yang digunakan utk hukuman bunuh)

patut la korg ketagih sgt ye tak....

2.Tukar guna bangunan daripada kediaman kepada perdagangan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu mendapat kelulusan Perintah Pembangunan (DO) daripada Jabatan Perancang Bandar,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


3. Segala tambahan dan perubahan di luar unit kediaman di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu mendapat kelulusan Perintah Pembangunan daripada Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



4. Segala tambahan dan perubahan dibahagian dalam premis di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu mendapat kelulusan bangunan (building approval) daripada Jabatan Rekabentuk Bandar dan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


5.Garispanduan rekabentuk penutupan (Enclosing) bagi Balkoni pada unit-unit kediaman berstatus strata di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..

  1. Ruang balkoni bagi permohonan cadangan penutupan tersebut perlulah hakmilik pemohon sepenuhnya dalam dokumen jual & beli (sale & purchase agreement).
  2. Penutupan ruang tersebut perlulah mengekalkan konsep ruang balkoni tersebut iaitu sebagai lanai.
  3. Ruang tersebut hanya boleh ditutup (enclosed) menggunakan elemen-elemen yang membenarkan pengudaraan dan pencahayaan yang optimum.
  4. Elemen-elemen yang dibenarkan untuk tutupan tersebut hanyalah dari jenis 'louvers' (kekisi), 'foldable shutters window', 'blinds' (birai), 'wrought iron foldable grill' dan 'metal foldable grill' mengikut kesesuaian rekabentuk bangunan sedia ada.
  5. Bahan-bahan yang dibenarkan untuk elemen-elemen tersebut boleh diperbuat daripada keluli, kaca, atau kayu.
  6. Elemen-elemen tersebut perlulah dipasang supaya boleh dilipat atau digelongsor ke bahagian dalam balkoni.
  7. Rekabentuk tingkap atau tutupan yang bersifat kekal , legap dan menghilangkan konsep asal balkoni seperti penggunaan tingkap kuak (casement), tingkap gelangsar (sliding) atau dinding tidak dibenarkan.
  8. Pembinaan sebarang struktur kanopi (awning) di luar balkoni tersebut tidak dibenarkan.
  9. Konsep penutupan tersebut perlu digunakan bagi bahagian hadapan dan sisi.


samb...